Valentine's Day Broken Heart

Saturday 9 February 2013

My program today..



Assalamualaikum w.b.t..
Fuh..hari nie rasa lega sikit coz dapat cuti untuk 4 hari (gong xi fa chai),masa cuti kena manfaatkan dengan sebaik mungkin,kena buat aktiviti yang berfaedah..ops..susah juga nak buat aktiviti yang berfaedah,xde kawan,sume balik ke kampung halaman..memandangkan hari nie cuti & tak taw nak buat apa so saya cadangkan kepada rakan-rakan yang mengalami situasi yang sama macam saya supaya buat aktiviti-aktiviti yang macam ada kat bawah nie..


1. Luangkan masa bersama keluarga/Rakan-rakan.
  • Ok,untuk kawan-kawan tinggal bersama keluarga tue,ha..nie lah masa terbaik untuk korang bermesra-mesra dengan ahli keluarga atau rakan-rakan sebilik (student).Emm..masa nie juga lah korang dapat mengeratkan hubungan dan bertukar-tukar pendapat tentang masalah di tempat kerja @    masalah kat kampus(student),malumlah..manusia nie tak terlepas daripada sebarang masalah,dengan adanya masa bersama keluarga @ rakan-rakan sebilik nie sekurang-kurangnya boleh lah kurangkan tension korang bila masa cuti dah habis nanti..hehe


2. Online depan Komputer.
  • Aha..yang nie admin tak syorkan sangat kecuali kalau dah tak taw nak buat benda apa masa hari cuti korang.Bukan apa aktiviti nie ada baik dan banyak buruknya kalau rakan-rakan tak tw nak membahagikan masa (G3 geng-geng game),biasalah kekadang ada sesetengah remaja nie yang tak dapat kawal perasaan _ _ _ _,ha..tue yang sampai jadi penyakit..Tapi bagi rakan-rakan yang bijak menggunakan kemudahan nie,sangat digalakkan (nak berblogging,berfacebook,bertweet-tweet, @ lain-lain untuk  menyampaikan kebaikan)..sekurang-kurangnya dapat lah saham  akhirat.

3.Jalan-Jalan Cari Pengalaman
  • Ok,nie aktiviti yang terbaik kalau anda masih single,bukan apa masa single nie lah rakan-rakan dapat bergerak dengan bebas tanpa kongkongan yang berbentuk kemesraan,contoh nya kalau rakan-rakan dah berpunya,mesti jadi macam belangkas,ke hulu ke hilir bersama..terbeban lah weiii..tapi klu single masa nie lah masa yang terbaik,boleh jalan-jalan menimba pengalaman & ilmu pengetahuan.

4.Baca Buku/mengulangkaji pelajaran.
  • Kalau rakan-rakan yang masih menuntut tak kiralah sekolah rendah,menengah,ipt @ lain-lain,masa cuti nie boleh lah mengulangkaji pelajaran.Sekurang-kurangnya tak lah serabut masa nak buka sekolah nanti,bab 1 tak baca,bab 2 tak baca,macam-macam bab lagi lah tak baca..akibatnya?..fikirlah sendiri. Kalau rakan-rakan yang dah tak menyambung persekolahan tue,lebih baik baca novel,tak pun kalau yang tak minat baca buku tue (jiwa blues lah katakan) saya  cadangkan ambil gitar @ muzik instrument yang lain,buat lagu (melodi+lirik yang menarik)..baru lah blues.. kalau tak boleh follow juga,lebih baik tidur jew lah....

5. Jom Berseni
  • Ha..nie lah hari-hari yang admin tunggu untuk melakukan aktiviti seni,free..kalau rakan-rakan yang aktif atau mahir dalam seni nie boleh lah buat kejutan untuk hari esok (tak kira lah seni digital ke,seni halus ke,seni persembahan ke,seni muzik ke @ lain-lain cabang seni) yang penting kita dapat mencipta atau menghasilkan karya yang berguna Disamping menghargai masa dengan bijak.



                                     Ingat .."Demi masa,sesungguhnya manusia kerugian"


0 comments:

Post a Comment


Fateh_90@blogspot. Powered by Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management