Valentine's Day Broken Heart

Monday 29 April 2013

Lelaki Diusir kerana terlalu Handsome?

opppsss..sedang mencari maklumat,tetiba jumpa berita pelik pulak.



"Menurut sumber terdapat tiga orang dari Arab Saudi telah diusir dari satu majlis di Arab Saudi kerana terlalu kacak dan menawan. Salah seorang daripadanya adalah Omar Borkan Al Gala. Dia adalah jurugambar fesyen, pelakon serta poet dari Dubai. Dia telah dikeluarkan dari majlis itu kerana suami di Arab Saudi khuatir isteri mereka akan jatuh cinta dengan si Omar ini sekiranya dia terus tinggal di negara itu."

x Handsome susah..Handsome pun susah juga..




Credit To :http://penpatah.blogspot.com/2013/04/wtf-lelaki-diusir-kerana-terlalu.html

Huhhh..dah lama tak jenguk blog,sibuk dengan aktiviti pembelajaran.Maklumlah bergelar mahasiswa,Tambah-tambah lagi ambil program kreatif..penat..

Penghujung Bulan april dan awal bulan may 2013  nie masyarakat tempatan negara kita sibuk dengan peperangan mulut,tak kurang daripada tue ada juga yang berperang perasaan dan yang lebih parah lagi bertarung dengan nyawa.. Sebab apa? sebab masa nie masyarakat kita yang layak mengundi sedang bersiap sedia untuk mengundi wakil rakyat masing-masing pada Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-13. Bercakap tentang PRU nie, terdetik pulak rasanya hati nak beri nasihat..maklumlah masyarakat kita nie dah sampai caci- mencaci tahap dewa,tak kurang juga yang fitnah pasal kes-kes diluar kotak pemikiran manusia..

Sebagai pengundi bijak,gunakanlah otak yang diberi untuk pilih pemimpin yang mempunyai keperibadian dan kewibawaan dalam memimpin. Selain tue kena lah bijak menilai berita-berita yang tidak berasas,jangan jadi macam lembu yang dicuck hidung,atau macam lalang ditiup angin..

Apa-apa pun,Saya nak ucapkan selamat hari  mengundi..



Fateh_90@blogspot. Powered by Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management